Friday, September 24, 2021

Solat Tahajjud pukul 10 malam selepas tidur

Boleh atau tidak Solat Tahajjud pada pukul 10 malam selepas tidur?

Tahajjud dari segi bahasa bermaksud berjaga malam, manakala dari segi istilah bermaksud solat sunat yang dikerjakan waktu malam selepas daripada tidur. Firman Allah S.W.T:



وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَىٰ أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

Maksudnya: “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang Tahajjud padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”

(Surah al-Isra’, ayat:79)

Wednesday, September 22, 2021

Surah Ad-Duha

 

Ia diturunkan di Makkah. 

Sebelum diturunkan, wahyu ditangguhkan untuk sementara waktu (ada yang mengatakan 6 bulan), sehingga menyebabkan Rasulullah sangat sedih dan berduka.

Baginda merasa sangat cemas kerana mungkin baginda telah melakukan kesalahan sehingga ALLAH swt marah kepadanya dan meninggalkannya. 

Redha: Menghilangkan Kerisauan dan Memeluk Hikmah Ilahi

Kehidupan adalah perjalanan yang ditandai dengan perubahan dan ketidakpastian, dengan detik-detik kemenangan yang berkait dengan ujian.  Pas...