Secara peribadi saya cenderung dengan pandangan untuk tidak membenarkan bukan Islam untuk menggunakan nama ALLAH swt.
Bagaimanapun, hujah bahawa Rasulullah sendiri tidak menghalang orang bukan Islam mengakibatkan saya, dengan hari yang berat, terpaksa merelakan nama ALLAH diguna oleh bukan Islam.
Saya beranggap cendikiawan Islam lebih mengetahui hal ini daripada saya.
Atas sebab itu saya 'mengalah'.
Bagaimanapun, rasa hiba tetap ada atas sebab merasa sedih bila nama ALLAH swt akan digunakan oleh bukan Islam, terutamanya apabila dikatakan sebagai 'bapa' dan mempunyai 'anak'.
Dakwaan seperti ini sudah tentu bertentangan dengan Surah al-Ikhlas.
Dan sudah tentu akan ada bukan Islam yang akan meletakkan nama ALLAH swt ditempat-tempat yang tidak sepatutnya seperti di salib, dibadan sebagai tatoo, dan sebagainya.
Adakah umat Islam Malaysia berhak untuk menegur dan menegah apabila hal ini berlaku?
Wallahua'lam.
-----------
KUALA LUMPUR (10 Mac 2021) - Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu membenarkan penganut Kristian seluruh negara menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan pendidikan agama itu.
Selain perkataan ALLAH, tiga lagi perkataan lain yang dibenarkan ialah Baitullah, Kaabah dan solat.
Bagaimanapun ia perlu disertakan dengan penafian, ‘hanya untuk orang Kristian’ dan lambang salib di hadapan kulit buku.
Hakim Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan perisytiharan yang dibuat oleh seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill bahawa hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dihalang dengan sekatan atau larangan pengimportan bahan pendidikan.
Ketika membaca penghakimannya, Nor Bee berkata, mahkamah membenarkan deklarasi dalam mengamal kebebasan beragama yang terlindung dalam Perkara 3,8,11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, suatu deklarasi berdasarkan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan bahawa pemohon dijamin hak kesamarataan antara warganegara antara lain atas alasan keagamaan dalam pentadbiran undang-undang.
“Selain itu, deklarasi bahawa arahan kerajaan pada 5 Disember 1986 adalah salah di sisi undang-undang dan tidak berperlembagaan,” katanya.
Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan ketika dihubungi Sinar Harian berkata, penerbitan buku agama atau bahan keagamaan Kristian yang menggunakan empat perkataan itu hendak disertakan dengan penafian (disclaimer).
“Kena ada cop (penafian) dan lambang salib,” katanya.
Dalam prosiding ini, Jill selaku pemohon diwakili peguam Lim Heng Seng, Annou Xavier dan Tan Hooi Ping, manakala Shamsul mewakili Menteri bagi Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan selaku responden.
Pada 11 Mei 2008, cakera padat (CD) berjudul 'Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah', 'Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah' dan 'Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah' telah dirampas daripada Jill sebaik beliau tiba di lapangan terbang di Sepang.
Susulan itu, Jill memfailkan semakan kehakiman untuk menuntut semula CD itu dan relif hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dilanggar dengan menyekat atau melarang pengimportan bahan pendidikan.
Pada 2014, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Jill dan memerintahkan agar kesemua lapan CD itu dipulangkan, namun tidak membuat sebarang penghakiman mengenai relif-relif lain yang dimohon.
https://www.sinarharian.com.my/article/127767/BERITA/Semasa/Mahkamah-Tinggi-benarkan-penganut-Kristian-guna-kalimah-ALLAH