Saya rasa terpanggil untuk menjawab hujah bahawa atas sebab penggunaan kalimah Allah telah lama digunakan di Tanah Arab oleh orang Kristian, maka tidak salah orang Kristian disini mengguna kalimah Allah.
Allah sebagai tuhan telah lama bersemadi dalam budaya Arab.
Kedatangan Islam Tanah Arab hanya membersihkan tanggapan busuk atau buruk terhadap Allah.
Tetapi ia berbeza sekali di rantau Asia Tenggara.
Budaya menggunakan nama Allah dicetuskan oleh seorang Kristian yang bukan berbangsa Arab, dan ia dilakukan kira-kira 400 tahun yang lalu.
Jika kita melihat dari kacamata budaya, apa yang dilakukan oleh lelaki Kristian tersebut sebenar menciplak budaya Arab dan dimasukkan kedalam terjemahan Injil dalam bahasa Melayu.
Jika niat yang suci untuk mengagungkan Tuhan Kristian, sepatutnya nama yang dimasukkan ialah nama tuhan yang terdapat dalam kitab Injil yang asal.
Budaya disini tidak sama dengan budaya di Tanah Arab.
Di Asia Tenggara, Allah bukan tuhan yang bersifat universal yang diperakui ketuhananNya oleh semua anggota masyarakat tanpa mengira agama atau suku kaum.
Tetapi di Tanah Arab, sebelum dan selepas kedatangan Islam diperingkat awal, Allah diperakui ketuhananNya oleh semua anggota masyarakat.
Kini wujud agama yang tidak memperakui ketuhanan Allah tetapi nama Allah masih digunakan dalam perbualan harian mereka atas sebab budaya.
Atas sebab itu, hujah bahawa orang Kristian disini boleh menggunakan nama Allah disebabkan orang Kristian di Tanah Arab menggunakan nama Allah, tidak tepat sama sekali.
Disana, penggunaan atas sebab nama Allah diguna secara meluas dalam masyarakat sebelum kedatangan Islam.
Tetapi disini, nama Allah diperkenalkan oleh seorang lelaki Kristian bukan berbangsa Arab setelah Islam lama bertapak disini.
Islam datang lebih awal dari Kristian di kawasan Asia.
Dan Kristian datang tanpa nama Allah.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment