Friday, March 12, 2021

Wahai saudara Islamku, bangkitkanlah semangat dakwah dalam dirimu untuk sebarkan agama Islam!!!


Sejak dari dulu lagi, ramai diantara kita tidak memperdulikan aktiviti-aktiviti dakwah.

Kita cenderung untuk mendalami pemahaman tentang agama Islam bagi tujuan memperbaiki diri sendiri, khasnya, dan ahli keluarga, amnya.

Tidak pernah terlintas di fikiran untuk melakukan aktiviti-aktiviti dakwah kepada bukan Islam.

Bagaimanapun, sama ada kita suka atau tidak, kita terpaksa membuang jauh-jauh mentaliti yang tidak menggemari aktiviti dakwah.

Ini disebabkan gerakan Kristian kini amat agresif dalam usaha mereka untuk menamakan tuhan mereka sebagai Allah.

Walaupun fakta dengan jelas menunjukkan bahawa kalimah Allah tiada dalam Injil asal (dalam bahasa Hebrew), pihak Kristian tidak mahu mengalah.

Mereka berhujah penggunaan kalimah Allah telah lama digunakan dalam Injil terjemahan - dan mereka mahu meneruskan penggunaan kalimah Allah.

Dari satu sudut, keazaman yang tinggi oleh penganut Kristian amat menghairankan.

Kita faham jika kalimah Allah ada dalam Injil asal, dan telah dikeluarkan oleh pihak tertentu - dan mereka mahu kalimah Allah dimasukkan semula.

Tetapi hakikatnya, kalimah Allah tiada dalam Injil asal.

Adakah ini bermaksud, disuatu masa di masa hadapan, pihak Kristian akan menggunakan nama tuhan agama lain apabila mereka mulai merasa bosan dengan kalimah Allah?

Wallahua'lam.

Pelek tetapi benar!!!

Memandangkan pihak Kristian berkeras menggunakan kalimah Allah, dan kita tidak berupaya untuk menyekat mereka daripada berbuat demikian, maka, apa yang patut dilakukan oleh umat Islam ialah membantu mereka untuk mendapat kefahaman yang betul tentang Allah swt.

Jangan risau. Anda tidak perlu ada sijil setinggi gunung untuk memperolehi keupayaan agar dapat berdakwah dengan baik.

Perkara asas yang paling utama ialah - anda mesti menjadi 'duta' agama Islam yang baik.

Lakukan semua ibadah wajib. Dan tambah ilmu sekadar yang mampu untuk menonjolkan imej yang positif tentang Islam.

Dan selanjutnya anda boleh menonton video-video Ahmad Deedat atau Zakir Naik di Youtube.

Anda juga boleh menonton video-video berkaitan agama Kristian yang ada di facebook pendakwah-pendakwah Muslim Malaysia seperti Firdaus Wong.

Anda juga boleh membaca buku-buku, dan artikel-artikel yang berkaitan dalam internet.
Sebenarnya tidak susah untuk mematah hujah-hujah mereka - banyak video-video di Youtube yang boleh membantu anda.

Tetapi, awas!!!

Anda perlu memeriksa dengan teliti terlebih dahulu kerana sekiranya anda cuai, anda mungkin tersilap tonton video mereka.

Dan akhir sekali, yakinlah agama kita adalah agama yang benar dan diredhai oleh Allah swt.

Dan yakinlah Al-Quran yang diturunkan Allah swt untuk kita mampu membantu kita berhadapan dengan mereka.

Dari dulu lagi, Al-Quran hanya mempunyai satu versi manakala kitab mereka mempunyai banyak versi, dan telah diedit dari semasa ke semasa dizaman moden ini.

Bagaimana mungkin kata-kata manusia dapat menandingi kata-kata Allah swt???!

Wallahua'lam.
  

No comments:

Post a Comment

Redha: Menghilangkan Kerisauan dan Memeluk Hikmah Ilahi

Kehidupan adalah perjalanan yang ditandai dengan perubahan dan ketidakpastian, dengan detik-detik kemenangan yang berkait dengan ujian.  Pas...