Friday, March 19, 2021
Orang Islam pinggirkan budaya bangsa demi budaya Arab???
Salah tu bro.
Orang Islam tak pinggirkan budaya bangsa tetapi mendakap sunnah nabi.
Budaya Arab dan sunnah nabi merupakan dua perkara yang berbeza - dari perspektif orang Islam.
Hanya kebetulan ada diantara sunnah nabi merupakan budaya Arab.
Maksud sunnah ialah "cara" atau "amalan", dan dengan itu, sunah nabi bererti "cara nabi", atau apa yang biasa dikenali sebagai kebiasaan Rasul.
Jika nabi Muhammad bukan lahir dikalangan orang Arab, tetapi orang Cina, sudah pasti orang Islam akan 'mendakap' budaya Cina!!!
Jika anda mengatakan orang Islam mendakap budaya Arab, anda salah.
Tetapi jika anda mengatakan orang Islam mendakap sunnah nabi, anda betul.
Orang Islam tidak membuang budaya bangsa sewenang-wenangnya.
Orang Islam hanya menolak budaya bangsa yang tidak selari dengan syariah agama Islam - bukan tidak selari dengan budaya Arab atau sunnah nabi!!!
Orang Islam masih lagi mempraktikkan budaya bangsa masing-masing asalkan tidak menyalahi syariah agama Islam.
Sebagai contoh - penggunaan nama Cina oleh orang Islam berbangsa Cina.
Mereka masih mengekalkan nama Cina mereka.
Tidak salah untuk mereka berbuat demikian kerana ia tidak menyalahi syariah agama Islam.
Bagaimana pula orang Melayu yang menggunakan nama Arab?
Tidak juga salah kerana nama Nabi Muhammad adalah nama Arab.
Maka, tak menjadi kesalahan untuk mengikut Nabi Muhammad dengan menggunakan nama Arab.
Nabi Muhammad ada janggut.
Tetapi tak salah untuk orang Islam tidak mempunyai janggut kerana ia hanyalah sunnah.
Kesimpulan, orang Islam tidak meminggirkan budaya bangsa, atau mendakap budaya Arab, tetapi mendakap sunnah nabi.
Wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Redha: Menghilangkan Kerisauan dan Memeluk Hikmah Ilahi
Kehidupan adalah perjalanan yang ditandai dengan perubahan dan ketidakpastian, dengan detik-detik kemenangan yang berkait dengan ujian. Pas...
-
Kehidupan adalah perjalanan yang ditandai dengan perubahan dan ketidakpastian, dengan detik-detik kemenangan yang berkait dengan ujian. Pas...
-
Dalam kehidupan ini, ujian adalah sesuatu yang pasti berlaku. Tiada seorang pun di antara kita yang akan terlepas dari ujian, kerana ia ada...
-
KALIMAH ar-Rahman sering kali meniti pada bibir kita hampir setiap waktu. Masakan tidak, boleh dikatakan dalam setiap inci kehidupan kita, u...
No comments:
Post a Comment